Monday, April 07, 2014

Doa dan harapan

Dalam waktu 4 minggu itulah segalanya berlaku,

Disaat kekeliruan, kemahuan untuk mendapatkan penjelasan,
Disaat itulah juga, dia terpaksa menguatkan semangat, demi masa depannya.

Setelah segalanya di perjelaskan, keputusan diambil tentang sepasang merpati sejoli,
Yang dulu pernah berjanji untuk berlaku jujur dalam percintaan,
Untuk memberikan sepenuh kasih sayang,
Tika itulah juga, dia terpaksa menguatkan semangatnya sekali lagi, demi masa depannya.

Ya Allah, ampunkan kekilafan hamba Mu ini.
Jika inilah kifarah ku, aku redha dan menerima segalanya.
Kau jauhkan aku dari dia, kau lenyapkan rasa kasih ku padanya,
Berilah aku kekuatan untuk melalui ujianMu ini.

Ya Tuhanku,
Ampunkan aku jika aku pernah, merasa ragu dalam doaku.
Lantas aku mendiamkan doa tentang ini,
Kerana mungkin aku tidak sanggup lagi untuk disakiti,
Mungkin juga kerana aku sudah berputus asa,
Mungkin aku tidak mahu lagi berharap.

Ya Rabbi,
Sesungguhnya aku bukanlah perempuan yang sempurna.
Kesilapan demi kesilapan telah aku lakukan.
Dosa demi dosa aku kumpulkan,
Dan jika aku hanya mengingati Mu dalam kesedihan ku, kepayahan ku, kesakitan ku,
Ampunkan aku, sesungguhnya aku alpa ketika aku bersenang dan berbahagia.

Bantulah aku untuk berdiri dari kedukaan ini.
Berilah aku kekuatan untuk terus melangkah,
Tentang masa depanku, jodohku, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui,
Kau tahu apa yang terbaik buat ku.
Dan jika dia bukanlah terbaik untuk ku Ya Allah,
Kau temukanlah aku dengan yang lebih baik.
Aku masih mahu berharap, akan jodoh yang telah Kau tentukan untuk ku,
Ya Allah.
Aku akan terus meyakini doaku padaMu.




No comments: